Suri hidup
19 December, 2003, 4:21 p.m.
Hmmm.. Sedar tak sedar dah masuk minggu ketiga Syawal.. Dah nak habis bulan Syawal. Rasa macam baru je raya dan baru je lepas balik kampung.. Dah 2 minggu lebih rupanya aku dah balik Putrajaya..
Banyak betul perkara yang dah berlaku lepas raya ni.. Aku rasa macam dah jumpa seseorang yang bakal mengisi kehidupan aku hingga akhir hayat.. Hmm. Seseorang yang boleh jadi Suri dalam hidup aku..
Seseorang yang tak pandang siapa aku, yang tak mengmbil kesempatan ke atas aku.. Cuma seseorang yang ingin berkongsi hidup dengan aku. Tiada lagi persoalan yang bermain dalam hidup aku mengenai siapa yang boleh, atau mana nak cari yang baik.. Hmmm..
Betul jugak kata-kata Abang Kiman,"Rugi kawin lambat-lambat". Hmmm.. Betul kata-kata tu. Mak pun pernah pesan cari elok-elok, tak nak nanti kena tipu.. Tak dapat bayang, apa reaksi mak bila aku cakap pasal ni dengan dia..
Mak pun dah ada kat rumah Kak Nor, semalam lagi dah sampai. Datang dengan Abang Kiman. Dapatlaa jumpa Izzudin dengan Syafiqah.. Lagi meriah bila Ashraf dan Alia Husna pun ada sekali nanti.. Dengan Aisyah yang semakin laju berlari.. Syukur padamu Ya Allah, kerana dikurniakan keluarga yang bahagia..
Semoga akan bertambah bahagia, keluarga aku dengan kehadiran ahli keluarga yang baru..
Hari minggu yang bakal menjelang, 20 hb. majlis kahwin sahabat sekolah, Izwandy Idris.. Sebenarnya dah kahwin hari raya ketiga lagi.. Cuma majlis sambut menantu di rumah lelaki.. beberapa orang sahabat sekolah dah kahwin. Ada yang sudah bergelar bapa, semoga kehidupan korang semua akan aman damai bahagia dan diberkati-Nya selalu..
Esok jugak ada jemputan ke rumah terbuka di USJ.. Dijemput waktu main futsal minggu lepas dengan sahabat-sahabat sekolah. Tak pasti lagi, dapat pergi ataupun tidak.
Biasanya bila tiba je hujung minggu akan dapat panggilan dari Sharul( Mat Peng) tanya pasal futsal. Tak ada pulak panggilan daripada dia minggu ni. Tapi macam tiada reaksi dari mana-mana pihak pun mengenai futsal. Mungkin masing-masing ada hal esok hari..
Aku.. akan meneruskan kehidupan di dunia kepunyaan-Nya untuk hari-hari yang mendatang dengan usaha dan harapan.. Entah esok lusa kembali pada-Nya...